hello, :) salam sejahtera terima kasih kerana melawati blog Jenny. pada blog ini saya ingin berkongsi apa yg saya alami dan pengalaman saya sepanjang berada disini bersama kawan-kawan. begitu banyak perkara yang terjadi dan begitu banyak kenangan yang dicipta bersama kawan. Dan satu lagi, dalam kita berkawan takde suma yg boleh terima sikap kita walaupun kita sudah berbuat baek pada mereka. betul tak? I realized one thing, that pleasing people is impossible. baiklah, Jenny sebenar nya bukan nak bercerita tentang keburukan org atau mengaibkan org. Tapi ini lah yang terjadi pada Jenny sepanjang jauh dari keluarga,semua perkara kita harus berdikari tanpa bergantung pada org lain.Namun jika sudah berbuat baik pada org, namun org tidak pernah menghargai kebaikan itu '' ignore'' jer lah. Jaga diri sendiri jaga hati sendiri, its more better right?
berbalik pada cerita tadi, dalam hostel Jenny ade 8 org dalam satu rumah. so kami terdiri daripada pelbagai kaum. dari sudut positive sangat bagus jika kita bercampur dengan bangsa lain yg tidak sama agama atau bangsa dengan kita. Kita boleh belajar adat dan budaya mereka. Kita juga boleh mengetahui apa yg boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. bukan itu sahaja, malah kita boleh berkongsi ilmu antara satu sama lain. itu pendapat Jenny lah. kita akan nampak integriti antara kaum di dalam hostel. ada sesetengah org tak suka bercampur gaul dengan bangsa lain, pada pandangan mereka, nanti akan wujud masalah & tidak sefahaman. adakah itu pemikiran yg membawa kearah 1 malaysia sepertimana yg telah disebut dan diuar-uar kan oleh perdana menteri kita? okay, kita ade hak kan untuk memilih dengan siapa kita nak berkawan, tapi not RACIST okay?
dalam 8 org yg disini namun kini sudah berkurang, jadi lah 6 org. sebab lagi dua org ikut kawan mereka di hostel lain. namun masih juga berlakunya ketidaksefaham antara satu sama lain. ada yg suka dengar lagu dan dia buka lagu kuat-kuat seolah-olah dunia ini dia yg punya. ada yg 'selfish'. kenapa perkara sebegini harus muncul sedangkan kita sama jantina? pelik kan? kenapa saya kata selfish, sebab apabila dia meletak kan barang dia dalam peti sejuk dan dia keluarkan barang kita ( bahan mentah ) . bukan itu saja, malah ada yg bersikap endah tak endah tentang kebersihan. apabila sudah memasak dapur kotor, dan singki dibiarkan tersumbat. macam mana perempuan boleh jadi pengotor mcm nie? agak-agak kalau dia buat sedemikian di rumah dia marah tak mak dia ea?! selagi masih rajin mengemas apa yg berselerak itu akan dikemas.
so how to overcome this problem?
firstly, saya bawa kawan rapat saya untuk kemas rumah. takde lah nampak berserabut dapur dan singki pun tak tersumbat.
secondly, akan buat hal saya tanpa mempedulikan apa yg org lain lakukan.
thirdly, saya akan meminta bantuan housemate seorg lagi untuk membersihkan rumah kami bersama. bagi saya lebih baik saya sabar dengan apa yg berlaku. tinggal satu sem jer lagi kan. next sem is my last sem stay here, :P hidup nie kita akan jumpa pelbagai jenis org dan macam ragam yg akan kita ketahui. namun kita harus bijak menguruskan dan menyelesaikannya. hal nie kecil saja sebenarnya, tapi kebersihan adalah tanggungjawab bersama,.jangan memandang mudah terhadap perkara yg kecil. masing - masing dah besar, tak kan hal itu pun harus diberitahu? dah kotorkan, apa lah salah nya kemas balik. disini semua student, tidak ada yg nama kuli batak.
tapi tak apa lah, biar org buat pada kita, jangan sesekali kita membalas nya dengan keburukan. doa kan agar dia berubah. setiap maslaah pasti ada penyelesaiannya.