jennychristie.blogspot.com
BLOGGER TEMPLATES Memes

Monday, 26 December 2011

motivasi pada diri

tak terungkai dgn kata2 tak terusik dek gurau senda, hanya mampu kubisikan diangin lalu.
sedang aku mengimbau kenangan lalu,luput ditelan waktu..mampukah aku melawan arus? kadangkala membuat aku jatuh tersungkur, dek kerana tidak mampu menggalas beban yg terlalu berat. hari demi hari dugaan dtg silih berganti, terkadang menduga imanku. andai tangisan terlalu menyakitkan aty,biarlah aty berbicara dgn akal agar jjgn dikenang peristiwa itu. andai bibir mengeluh lemah..biarlah ia berbicara dgn akal agar kuat menghadapi dugaan.. andai jiwa merintih kesedihan biarlah aty nie berbisik & memohon pada yg Tuhan yg Esa agar  memberikan ketengan jiwa & kedamaian aty. andai air mata terus mengalir, bisikkan lah diaty agar menanangis utk perkara yg lebih berkualiti. pengalaman mendewasakan kita disebalik kesilapan yg kita lakukan, bersabarlah.. 

Friday, 23 December 2011

pesan pada diri

bergunung mana pun harta,bukan lah kaya.. kalau miskin budi bahasa
segagah mana pun dir, bukan pahlawan jika nafsu diri tidak mampu lawan
secantik mana pun rupa, bukan lah ratu jika buruk tingkah laku
setinggi mana pun darjat bukan lah mulia jika iman tiada didada
melangit mana pun ilmu didada, bukanlah bijaksana jika tidak diamal dan diguna
sealim mana pun diri, bukan lah ulama jika ada sikap takbur dan riak..

Hiasilah diri dengan kesantunan budi, dan sentiasalah sederhana dalam segala perkara~

Friday, 2 December 2011

Tinta buat sahabat


tinta buat sahabat,
setiap yg bermula pasti berakhir,
setiap yg genbira pasti akan berduka,
setiap yg bertemu pasti akan berpisah,
Begitulah juak antara kau dan aku.. sekarang kita sama-sama mengharungi suka duka bersama,
biar apa dugaan datang melanda,
kau tetap disisiku dan aku tetap disisimu untuk memberi semangat..
persahabatan umpama bintang, sentiasa kekal diatas sana..dan bersinar
mungkin juak tak selalu disisi namun tetap ada dihati.
Itulah ungkapan yg tak mungkin kulupakan
kau begitu menghargaiku, akan harap kesah persahabatan ini tak kan berakhir
seperti kata ungkapan,
sebaliknya akan kekal hingga ke akhir hayat kita,
Kau SAHABAT t'ISTIMEWA bagiku.. ;)

Thursday, 1 December 2011

sesuatu yg tak disangka sangka

salam sejahtera, jenny ingin berkongsi sesuatu dengan pembaca bolgger suma.. iaitu result jenny. huhu~ sebut pasal result jer terus berdebar2. hurm,, kebelakangan nie jenny busy sangat membuat laboratory report dan assignment.. kena submit on time tue~
then 3 minggu lepas ade exam biology, baru semalam dapat result, ;)
first time jenny dengar lecturer cakap kat jenny '' saya nak awak dapat kan 80% awak adalah salah seorang  pelajar harapan dalam kelas nie, dalam subject biology. 74% nie boleh ditingkat kan lagi, the most important you must struggle and keep on revission for this subject, because this subject quite tough''
wahhh~ masa datang kat lecturer tue, rasa nak gugur jantung jenny, dah lah study last minute,, mampus lahh kalau result tak memuakan, nanti orang cakap '' ketua tak guna'' ye lahh pelajaran pun ape2, malu uhh~
Praise the Lord, melihat result itu, saya semakin minat dalam subject itu... ;) walaupun susah tahap cipan! usaha tangga kejayaan~ 

bertemu dengan senior yg berlagak

salan sejahtera, sepanjang jenny duduk sini, first time jugak jenny berhadapan dengan orang mcm nie berlagak, tp tak seberapa nak bersyarah kat jenny tentang agama. hurm, mula-mula tue dia ajak jenny jumpa, dan dia mao ajak pergi chruch dia. then jenny tak jadi pergi church dia. sebab jenny dah ade church berhampiran dengan kolej jenny. lama kelamaan tue dia kata kat jenny, yg jenny nie terima ajaran sesat, apa yg church jenny ajar tue salah, dia cakap jenny nie membabi buta, tapi jenny sabar jer dia cakap jenny macam2. apa pun yg dia cakap pada jenny, jenny tak ambik peduli. tp tinggi mana ilmu dia, dia mao cakap jenny nie terima ajaran sesat?? hurm.. dia nak cakap saya mcm tue? baik lah dia cermin diri sendiri dulu, moral studies pun dia failed dia mao cakap jenny terima ajaran sesat? ape lahh~ tak malu. yg pailing dahsyat nye, dia cakap jenny nie malas mao belajar. hurm.. bila jenny tanya result dan CGPA dia, jenny ingat kan gempak giler~ laa,, rupa2 nye dia just dapat 1.37 jer. itu nak berlagak ngn saya??? puiiihh!!! ADE HATI mao berlagak ngn jenny. ape lahh. kalau result dia compare ngn result jenny, dua kali ganda lebih bagus dari dia.
so dia tue, cakap jer lebih tp HAPAK! dasar tak sedar diri bha. geram bha dengan orang mcm tue. diri sendiri tak betul nak betul kan orang lain. itu lahh manusia sekarang, melihat kekurangan orang lain tanpa melihat kekurangan diri sendiri.
so moral of the story, kita tak harus perendah kan orang walaupun orang tue kita lihat sederhana saja, siapa pun kita, dimana pun kita berada, sentiasa lah memiliki kerendahan aty, supaya tidak dibenci orang, kalau diri tue dah bagus sangat tak pe lahh, kalau diri sendiri tue pun tak betul nak perbetulkan orang jangan mimpi laa! hurm.. itu saja. terima kasih kerana membaca dan kongsi sama. =)

 
Copyright© All Rights Reserved Jennychristie.blogspot.com